Pada suatu pagi yang hening,
seorang guru bertanya kepada murid-muridnya
seorang guru bertanya kepada murid-muridnya
"Mengapa ketika seseorang sedang dlm keadaan marah,
dia akan berbicara dengan suara yang kuat atau berteriak???"
Seorang murid lalu mengangkat tangan dan menjawab
"kerana saat itu dia telah hilang sabar, lalu dia berteriak."
" Tapi..." sang guru bertanya lagi,
"Lawan bicaranya itu berada tidak berada jauh dari situ,
hanya di sisinya sahaja. Mengapa harus berteriak???
Apakah dia tidak dapat berbicara baik-baik???.
Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan
yang pada perkiraan mereka adalah logik.
Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.
Sang guru lalu berkata,
"ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan,
jarak antara kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh
walaupun secara fizikalnya mereka begitu dekat.
Kerana itu, untuk mencapai jarak sedemikian, mereka harus berteriak.
Namun anehnya, semakin keras mereka berteriak,
semakin pula mereka menjadi marah dan
dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara kedua-duanya
pun menjadi lebih jauh lagi.
pun menjadi lebih jauh lagi.
Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi.
Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut lagi....
" Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang sedang jatuh cinta???
mereka bukan sahaja tidak berteriak,
malahan ketika berbicara sekalipun
suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil.
Sehalus apapun, kedua-duanya masih berupaya
mendengarkannya dengan begitu jelas skali.
Mengapa pula demikian???"
Sang guru bertanya sambil memperhatikan anak-anak muridnya.
Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun
tidak ada seorang pun yang berani bangkit untuk memberikan jawapan.
"Ini kerana hati mereka begitu dekat, hati tidak berjarak.
Satu pandangan mata sahaja sudah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan..."
Sang guru meneruskan...
"Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu mencipta jarak.
Lebih-lebih lagi, janganlah kamu mengucapkan kata-kata
yang mendatangkan jarak dia antara kamu."
Mungkin di saat seperti itu,
tidak mengucapkan kata-kata merupakan tindakan yang paling bijaksana.
Kerana waktu akan membantu anda..."
Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama
meskipun mempunyai kemampuan yang berbeza....
Ketahuilah bahawa, orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik,
acap kali dapat mengalahkan mereka yang mempunyai
kemampuan lebih banyak....
kemampuan lebih banyak....



No comments:
Post a Comment