Saturday, March 05, 2011

"Cinta Terlarang" dan blablabla




Happy sangat kan bila kita terima walau sepotong ayat…especially bila kata-katanya mengatakan yang dia still care dengan kesihatan kita, dengan pelajaran kita…dia tetap ingat kita dari jauh, tahu perkembangan kita, dan dia masih ingat hari jadi kita…walaupun dia dgn kita sebenarnya dah tak lagi bersama,…touching sangat!

Walaupun kita tau, dia mungkin dah berpunya, mungkin jugak happy dengan pasangannya, tapi the fact that dia still care, dan ingat kita...tue da cukup buat kita rasa macam disayangi. Padahal, kedua-duanya tau salah, tue la yg di namakan Cinta Terlarang atau A Forbidden Love

Jauh di sudut hati, for sure korg pernah melalui atau pernah tengok macam mana ‘Cinta Terlarang’ terjadi, betul tak? 

Time nie kita rasa terseksa, tapi dalam masa yang sama kita rasa bahagia…bercampur baur! Biasa la, selalunya benda yang tak boleh tue la kita nak sangat buat kan??? Kita tahu yang sebenarnya kita tak boleh sentuh benda tue atau dilarang masuk kawasan tue, Tapi kita still nak buat...Bila da buat, rasa teruja sangat...adrenalin dalam diri masa tue dah membuak-buak...Memang best sangat! Macam tue la!

Walaupun dalam masa yang sama sebenarnya kita tau yang at last hubungan tue takkan ke mana pun

Maybe ada waktu-waktunya kita akan kata, kenapa kita nak teruskan rasa cinta, rasa sayang, rasa care pada dia sedangkan kita tau dia bukan dan tak akan jadi milik kita…

Its hard, rasa terseksa sangat...For sure si lelaki jugak rasa yang sama.Tapi tak boleh nak buat apa-apa… 

Kenapa tak boleh? Kita sendiri tau kenapa... Tapi

Sebagai manusia biasa, aku x nampak sebarang alasan kenapa  kita tak boleh mencintai sesiapa saja. Tak kira kedudukan, rupa paras, warna kulit, bangsa atau agama or whatever… As long as kita tak khianati atau menyusahkan sesiapa plus berani terima risiko di sebalik halangan yang akan datang.

Kita semua layak mencinta dan dicintai, disayangi

Aku nak korang sama-sama rasa macam mana perasaan tadi okey.Sebenarnya, prasaan nie memang benar pernah wujud, benar-benar t'jadi dalam hidup aku 3 tahun yang dulu. Sebab ktorang clash dlm keadaan still sayang between each other. 4 tahun couple, bila da clash mau x menggila. Entry nie mayb macam sedikit m'buka pekung di dada. Tapi bukan tue yang sebenarnya aku nak korang fahamkan...plisss! Don't get me wrong. Aku just nak korang jadikan nie sebagai pengajaran. Korang jangan buat macam nie k. Hakikatnya benda nie salah!

Memang salah!

Jangan sesekali korg fikir in fact that dia masih di situ…apa salahnya jika kita menghargai masa-masa yang ada... sementara kita masih solo, why not kita…

“Enjoy the moment together, Enjoy the time that we had and treasure it enjoy it while it last.”

even, kita tahu sebenarnya dia bukan untuk kita!

Tak kira la walaupun kita yang datang dulu ke dalam hidup dia . Kalau dah hak orang tue tetap hak orang...dosa kacau hak orang! Itu memang fakta

Alhamdullilah masa tue aku cepat sedar sebelum sumenya da terlambat nak betolkan. Aku sedar yang kalau hari ini kita buat pada orang, mungkin esok lusa orang buat pada kita pulak. Nie pulak pada sesama kaum sejenis. Tak sanggup pulak rasanya. Apa yang dah d'orang buat pada aku, biarlah jadi urusan Tuhan 

Once again, aku rasa Tuhan memang sangat sayangkan aku

Manusia, biasa la kan x pernah lari dari buat kesilapan ( Ayat klise aje ;p )

So, So, So

Kita tinggalkan bab tadi
"Macam mana plak aku boleh "bangun" semula?"
 “Macam mana pulak cara nak lupakan dia? "
(x boy atau x gurl kita)

Yang pernah rasa tau la...Benda nie memang lama kan? Makan masa...but, depends pada orang jugak la. Macam aku bertahun jugak lama, tue yang sampai ke hari nie jadinya...hahaha

First of all kita mst tanya dengan diri kita sendiri adakah dengan melupakan dia, kita akan bahagia? Tak kecewa lagi? The truth is, he/she is not the problem. Haruslah time tue kita cakap kita kecewa! 

The problem is kita! Kita yang buat keputusan untuk pilih kebahagiaan atau sebaliknya.

Sebelum kita bercerita lebih panjang lebar, jom baca article nie jap

Tajuknya “Ex Cinta” 
I selalu treasure my feelings for them. I selalu embrace my good times with them. Sometimes, I duduk sorang-sorang kat my condo balcony,I ingat balik kenangan-kenangan terindah….places that we went together…. things that we did bersama…best! It keeps me going… Tak semestinya I nak kat dia balik… tetapi, bagi I mengenangkan saat-saat manis bersama my ex’s, ia membuatkan I rasa I ni adalah orang yang sangat bertuah. I pernah melalui saat yang terhebat dalam hidup I…saat yang menggembirakan. Why must I lupakan? I love the feelings…I use to love her…
Yes, dia tinggalkan I, Yes…dia curang, dia ada balak lain, dia nak break, dia tak boleh terima I yang lower standard dari dia masa tu, and yesss… I tidak berjaya lagi di kala itu dan dia mahu kan lelaki yang lebih berjaya. Well fine!
    But to me, Thats not enough reason for me to hate or to forget my ex’s. I boleh biarkan… I boleh terima, walau pun sakit di hati. Meronta di jiwa…geram dan terkecewa, BUT I had a good times, I pernah dapat rasakan betapa mereka sayangkan I, dapat rasa cinta mereka…so to me, I will never forget my ex’s! Boleh nak lupa jika mahu…but buat apa?!
And you know what…dengan cara terus menghargai saat-saat indah bersama ex’s, dan dalam masa yang sama mahu mengalaminya dengan lebih hebat lagi bersama cinta yang baru, ianya membuatkan I merasa cinta yang baru jauh lebih hebat, dan tanpa I sedari kisah-kisah cinta lalu…segala kenangan manis bersama ex girlfriend semuanya perlahan-lahan menjadi hanya tinggal kenangan…masih ingat, tetapi tanpa rasa cinta.
I guess that’s the secret of how to forget ur ex’s …
    The more you think and accept the past has gone with the greatest time of all, the more you forget and redeem yourself to be better!
“As for me, I still love the old moment but my time with my real love now is beyond better, more loving and so much beautiful!”

 Korang boleh follow cara that guy? Masih berkawan dengan ex’s TANPA memikirkan feelings, just friend...purely! Tahan n sabar tengok dia dengan cinta barunya…boleh? Kalau tak boleh jangan buatlah… nanti lagi merana.  Like me, I’m strong! hahaha…hampeh :D

So, for those yang nak melupakan kekasih yang berkali-kali menduakan kita, curang,dan curang lagi, yang telah menghancurkan hati dan jiwa kita. For those yang nak menghindarkan diri dari duk teringat-ingat kat ur ex’s sampai memberi kesan buruk pada kehidupan seharian, sini ada beberapa cara penting untuk dilakukan…

Tapi sebelum tue nak cakap,

“ Orang yang kita benci pun SUSAH nak lupa, malah ingat selalu. Inikan pula orang yang bertahun-tahun kita cinta, sayang dan amat kasih, mestilah lagi susah!”

Tapi at least kita boleh cuba. Cuba okey!
First sekali kita kena bersedia, READY TO LEAVE EVERYTHING BEHIND! 
are u ready? If not, boleh berhenti membaca sekarang…hahaha

Ready?

1. First sekali, delete hp number dia. DELETE SEKARANG! Delete semua nombor dia.

2. Removed dan block FB account dia!

3. Stop melakukan lawatan amal ke  blog dia, wall dia, pages dia, sites dia, depan rumah dia, jalan dia, tempat lepak dia, tempat keje dia atau apa-apa saja yang b'kaitan dgn dia...STOP!

4. Berhenti tanya pasal dia, jangan amik tahu. 

Ni asal jumpa kawan dia je, “Eh dia apa khabar? dah ada orang baru ke?” STOP!

5. Delete semua email atau cara berhubung dengannya.

6. Stop call, stop sms, stop contact dengan dia...xde yang nie yang akhir!

7. Kalau boleh, buang apa-apa saja yang boleh mengingatkan dia.

8. Delete lagu-lagu yang dia suka. Apa saja pemberiannya yang boleh membuatkan kita terkenangkan kisah lalu, jangan bagi balik kat dia, BUANG!

9. Hapuskan semuanya, sampai xda cara nak trace balik .

10. Okay, yang terakhir sekali adalah MEMAAFKAN DIA. 
Dari hati yang tulus ikhlas. Biarlah walaupun dia pernah jahat dengan kita, pernah curang ke pernah hancurkan hati kita, it’s okay itu antara dia dengan Tuhan, yang penting… dengan maafkan dia, kita dah terlepas dari dia. Selagi kita simpan marah dan berdendam, selagi tulah kita tak akan dapat lupakan dia.

Actually, ada macam macam cara untuk lupakan bekas kekasih kita, tapi masalah yang kita hadapi sebenarnya,

Kita tak boleh lupakan cinta lama ni sebab still dwell to the past, sengaja ingat kisah dulu-dulu, dok khayal dengan cinta lama, ingat saat-saat indah time sama-sama masa dolu-dolu...kalau macam tu sampai bila-bila lah takkan dapat lupakan dia…

Kadang-kadang kena paksa diri!

Gagah dan tabahkan diri  

Percaya pada Allah yang akan temukan kita dengan jodoh yang sebenar-benarnya, soon! 

Really hope it helps, and I wish you all the best and good luck!

No comments:

Post a Comment